Rabu, 13 Februari 2013

Cara membuat susi


Cara-cara Membuat Sushi


Selamat Weekend semua!!!so apa plan korang minggu ni?shopping?lepak rumah?jumpa kawan-kawan?kawen?beranak?tidur satu hari?

Bagi korang yang takda apa-apa plan hujung minggu ni,apa kata kita buat sushi..mahu?JOM!!kalau boleh, bagi yang ibu,buatlah sushi ni dengan anak-anak..di samping dapat makan,dapat spend time dengan anak-anak..

bahan yang perlu ada untuk membuat sushi:

1.semestinya beras untuk buat sushi
2.seaweed
3.tikar untuk buat sushi
4.crab meat
5.tuna
6.timun jepun
7. mayonnaise
8.gula
9.garam
10.cuka
12.container segi empat

kita start dengan menyediakan nasinya dulu ya puan-puan..

1.basuhlah beras tu dulu..sama je macam masak nasi..jangan tak basuh pulak ok..then,masak je beras tu macam masak beras biasa..

comel tak beras dia?macam sin chan kan

2.Dah masak nasi tu,campurkan gula,garam dan cuka sesedap rasa..korang rasa sendiri nasi tu sedap ke tak..jangan tawar sangat.asal ada rasa,ok la tu maknanya..korang gaulkan macam ni tau..


gaul sampai rata..ingat!

Kita start part sushi bulat dulu

3.Now,korang prepare tikar sushi and seaweed macam kat bawah ni..


sebelum letak nasi tu,korang letak dulu mayonnaise kat atas seaweed tu,then baru letak nasi




4.Lepas letak nasi,sapukan lagi mayyonaise kat atas nasi tu..bagi siapa yang tak suka mayonnaise,skip part ni ok?



5.Sekarang boleh letak apa saja korang nak letas atas nasi ni..ni campuran crab meat and timun jepun


ni pulak crab meat je...

6.Ok,now boleh start part menggulung sushi..gulung bersama-sama tikar tu untuk mendapatkan hasil yang cantik lalu makan pun dengan hati yang gembira




Untuk menggulung ni harus ada tenaga yang kuat..gulung dengan bersemangat ya..macam orang jepun kan diorang sentisa bersemangat..harus!sebab nanti baru korang dapat rasa betapa semngatnya korang buat sushi ni,jadi siapa yang taknak makan memang akan kena sepak sebab korang dah berhempas pulas buat sushi ni untuk orang tersayang..bila buat sushi,harus pakai gelang macam mama saya..baru vogue!

7.sekarang dah boleh potong sushi ni kecik2

Sementara tu,korang boleh serahkan part lagi satu ni pada anak atau suami korang..ini untuk buat sushi yang berbentuk empat segi..




9.Keluarkan nasi dari container tu,dan anda akan dapat sushi ini!!!


10.Terpulang pada anda nak letak tuna ke,crab meat ke ataupun timun atas nasi petak tu..dah siap!!!!!!!!!!!ok sekarang boleh makan dah!tapi better letak dalam tupperware and simpan sekejap dalam peti sejuk..bagi fresh sikit..tak payah lama..jangan lupa kemas dapur dan cuci segala perkakas dapur...barulah boleh makan dengan bestnya!!


ini bila anda ada masa terluang, boleh buat bento yang comel macam ni untuk anak bawak bekal pegi sekolah..nanti bila saya balik rumah lagi,saya try buat macam ni pulak ok?


0 komentar:

Posting Komentar